Sintok, 9 Oktober 2024 – Pasukan dari Pusat Kokurikulum Citra Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengharumkan nama universiti dengan meraih pingat gangsa dalam Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP2024) yang diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2024 di Universiti Utara Malaysia (UUM). Penyertaan ini melibatkan gabungan pensyarah dan kakitangan Pusat Kokurikulum Citra Pelajar (PKCP), yang bersama-sama mencurahkan idea dan inovasi dalam projek yang dipersembahkan.
Pertandingan ini menyaksikan penyertaan dari pelbagai institusi pendidikan menekankan kepentingan kreativiti dalam proses pembelajaran. Dengan pencapaian ini, PKCP berharap dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam inisiatif inovatif dan meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia serta bertekad untuk terus mengembangkan idea-idea baharu dan menyertai lebih banyak pertandingan di masa hadapan.