Kursus ini memberi pendedahan kepada usaha mengembangkan sifat keprihatinan dan kebertangungjawaban sosial terhadap komuniti yang memerlukan. Elemen yang akan diberi penekanan termasuk proses merancang dan menentukan program yang bersesuaian dengan komuniti yang memerlukan. Di akhir kursus, pelajar akan melaksanakan dan mengawal selia program khidmat masyarakat yang dapat memupuk kemahiran mengurus dan boleh bekerja dalam kumpulan.
Kursus ini akan memberi pendedahan secara teori dan praktik terhadap konsep patriotisme. Elemen yang akan diberi penekanan termasuk kebanggaan sebagai warga negara, menghormati dan mentaati simbol negara, semangat cinta dan setia kepada negara, sumbangan dan kesanggupan mempertahankan kedaulatan negara. Di akhir kursus, pelajar akan melaksana satu aktiviti berteraskan patriotisme bagi menyerlahkan sikap sayangkan bangsa, agama dan tanahair.
Tajuk yang dimuatkan dalam kursus ini termasuklah pengetahuan mengenai sains kesihatan dan keselamatan, persediaan mental, fizikal dan sipiritual, persekitaran dan teknologi. Pendekatan pembelajaran merangkumi pebincangan dalam kumpulan berdasarkan pengalaman keatas projek yang dijalankan bersama komuniti dalam skop yang bersesuaian. Pelajar juga boleh bekerjasama dengan organisasi lain yang dapat membantu menjayakan sebarang projek.
Kursus ini memberi pendedahan tentang teori kepimpinan dan organisasi, tatacara mesyuarat, kaedah surat menyurat, kemahiran asas komunikasi, kemahiran membuat keputusan, tugas dan peranan pemegang jawatan dalam organisasi serta protokol majlis rasmi dan perancangan pelaksanaan aktiviti.
(This course will expose students to organizational and leadership theory, the conduct of meetings, methods of correspondence, basic communication skills, decision making skills, tasks and role of job holders in organizations, protocols at official events, and planning and implementation of activities.)