Perakuan Kerahsiaan (Non-Disclosure Agreement – NDA)
Dengan mengakses dan/atau memuat turun dokumen daripada sistem atau repositori Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKCP), saya mengaku dan bersetuju bahawa semua dokumen, data, maklumat, rekod, bahan pengajaran, serta dokumen pentadbiran yang diperoleh adalah sulit dan hanya boleh digunakan bagi tujuan rasmi bersama PKCP.
Saya berjanji untuk:
- Tidak mendedahkan, menyalin, mengedar, memindahkan atau berkongsi mana-mana dokumen atau kandungannya kepada mana-mana individu atau pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada pihak PKCP.
- Tidak menggunakan dokumen tersebut bagi sebarang tujuan selain daripada tugasan rasmi yang telah diberi kuasa.
- Mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan semua dokumen yang diakses atau dimuat turun.
- Memadam atau memulangkan semua salinan dokumen apabila tidak lagi diperlukan atau apabila diarahkan oleh pihak PKCP.
- Saya faham PKCP dan UMT tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan berlaku akibat penyalahgunaan dokumen dipaparkan ini.
- Mematuhi semua dasar, peraturan dan garis panduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkaitan keselamatan maklumat dan kerahsiaan dokumen.
Saya memahami bahawa sebarang pelanggaran terhadap perakuan ini boleh menyebabkan tindakan tatatertib, tindakan undang-undang, atau apa-apa tindakan lain yang difikirkan sesuai oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu.
Dengan meneruskan proses akses atau muat turun dokumen, saya dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua syarat kerahsiaan yang dinyatakan di atas.
Permohonan/Borang Penunjuk Ajar
- Permohonan/Borang Penunjuk Ajar
Template
Panduan
- Santuni Komuniti
- Artificial Intelligence
- Survival Keselamatan Air (SKA)
- Prosedur Operasi Standard Rekreasi Luar Pelajar
Akademik
Minit Mesyuarat
- TBC