Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar

Universiti Malaysia Terengganu

Komunikasi dan Kemahiran Insaniah

Kursus ini akan membincangkan konsep asas pidato umum.  Ia juga memberi penekanan dalam penyampaian pengucapan dan struktur berpidato. Pelajar ditugaskan untuk mengelola aktiviti berkaitan dengan pidato yang bersesuain dengan khalayak. Penglibatan pelajar selain dari berpidato di dalam pengelolaan termasuklah penghakiman, penyelidikan dan penyediaan maklumat, dan juga pembentukan organisasi.

Kursus ini akan memberi penekanan dan pendekatan penggunaan media terkini dalam penyebaran makumat secara menarik dan berkesan. Pelajar akan dilatih untuk memperoleh, menapis dan melapokan maklumat yang tepat dan berintegriti. Pelajar juga akan didedahkan dengan medium penerbitan yang bersesuaian.

Kursus ini akan menekankan pendekatan dan penggunaan visual grafik  dalam penyampaian maklumat secara menarik dan berkesan. Pelajar akan dilatih untuk menghasilkan idea dan menguasai teknik-teknik asas dalam penyediaan produk berasaskan senireka grafik dan fotografi  seperti iklan, poster, banner, pamphlet, label dan sebagainya secara teori dan praktik. Ilmu dan kemahiran yang diperolehi mampu membantu pelajar untuk mengembangkan  bakat seni fotografik untuk tujuan penyampaian maklumat. 

Kursus ini membincangkan tentang beberapa jenis seni khat terpilih. Penekanan utama adalah pada kemahiran penulisan seni khat yang indah dan penuh ketelitian. Melalui kemahiran ini dan dibantu oleh proses pembelajaran kendiri, satu jenis penulisan seni khat yang berkualiti berdasarkan  idea atau tema tertentu akan dihasilkan.  Keupayaan pelajar akan dinilai melalui kebolehan mengolah idea atau tema seni khat yang mampu berkomunikasi dengan masyarakat.

Seni lukis moden Malaysia dilihat semakin berkembang di kalangan pelukis. Perkembangan seni lukis moden Malaysia menampilkan berbagai-bagai gaya, pendekatan, cita rasa dan konsep. Justeru kursus ini akan memberikan pemahaman pelajar kepada elemen utama yang berkaitan dengan teknik menghasilkan seni lukis moden Malaysia. Selain itu, pelajar juga akan didedahkan kepada kerja lapangan dan teknik asas menghasilkan seni lukisan dengan elemen kreatif dan menarik.