Pada 31 Julai 2026, Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar telah mengadakan lawatan sambil belajar sempena latihan berterusan (LB) pegawai kadet pasukan latihan pegawai simpanan (PALAPES DARAT) Universiti Malaysia Terengganu 2026 ke Pusat Latihan Armor (PULAMOR) dan Muzium Tentera Darat (TD), Port Dickson. Seramai 112 orang pegawai kadet dan beberapa orang pegawai pengiring yang diketuai oleh Mejar Mohammad Al Izzuan bin Abd Aziz. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar UMT, Dr. Muhammad Syarifuddin bin Yahya, Ts. Dr. Mohammad Hakim bin Che Harun, Dr. Ahmad Ridzuan bin Midan, dan En. Muhammad Zulhusni bin Suhaimi.
Sesi pagi, lawatan telah dimulakan di Pusat Latihan Armor (PULAMOR). Pegawai kadet telah diterangkan mengenai fungsi pasukan dan aset-aset yang terdapat di pusat berkenaan. Pegawai kadet juga telah diberikan peluang untuk menaiki aset tentera seperti “Lipan Bara” bagi merasai sendiri pengalaman sebagai seorang tentera.
Sesi petang pula, lawatan ke Muzium Tentera Darat (TD) telah bermula pada jam 3.00 petang. Pegawai kedat telah diterangkan serba sedikit mengenai muzium tentera darat berkenaan. Pelbagai artifak peninggalan penjajahan British, Jepun, PKM dan banyak lagi di muzium tersebut. Kenderaan-kenderaan tentera terdahulu juga dipertontonkan di muzium tersebut. Antaranya seperti Helikopter “Nuri”, kapal terbang lama, kereta perisai dan lain-lain lagi. Lawatan ini telah berakhir pada jam 5.00 petang.
