Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar

Universiti Malaysia Terengganu

Budaya

Kursus ini akan menekankan kepada kepentingan untuk menghargai alam dan warisan. Satu aktiviti berteraskan air yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris akan dianjurkan untuk memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar. Pelajar juga diwajibkan untuk mengikuti aktiviti yang dapat membangunkan kemahiran insaniah secara holistik. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti tersebut merupakan pendedahan awal bagi merangsang pembelajaran kendiri dan meningkatkan sikap dan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

Kursus ini akan mendedahkan kepada aspek perancangan dan pengurusan acara. Perkara-perkara asas penganjuran sesebuah acara termasuk penyediaan kertas kerja, penubuhan organisasi, perancangan aktiviti,  perancangan belanjawan, tajaan dan penilaian tajaan,  pemasaran dan publisiti, logistik dan teknikal dan protokol akan dibincangkan secara terperinci di dalam kursus ini. Diakhir kursus ini pelajar akan menganjurkan sebuah acara sebagai satu tugasan.

(This course will emphasise on event planning and its implementation. Basic aspects of organizing an event including, preparation of the working paper, organizational set- up, activity planning, budgeting, sponsorship and sponsorship evaluation, marketing and publicity, logistical and technical requirements, and protocol will be covered in detail. To strengthen the students’ understanding, an event will be organized by the students at the end of the course.)

Kursus ini menumpukan kepada asas dan gaya teknik lakonan untuk pentas dan televisyen. Pelajar- pelajar akan mengimplimentasikan kepelbagaian teknik dan gaya lakonan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam lakonan iaitu, pernafasan dan vokal, penggunaan fizikal, aplikasi ruang serta pemahaman watak. Pengerjaan lakonan akan merujuk kepada beberapa petikan teks drama samaada genre moden mahupun klasik. Penilaian pelajaran akan dijalankan dalam skala persembahan studio secara individu dan juga berkumpulan.

(This course focuses on the basic and acting technique for stage and tv. Students use various action techniques and styles of acting that stress on the important aspects of acting: breathing, vocalization, physical, applying use of space in and understanding characters. Practice will use extracts of drama/theatre texts, either modern or classical. Students’ evaluation is based on individual and group work.)

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar secara ringkas mengenai bentuk-bentuk seni persembahan yang terdapat di Malaysia. Silibus pengajaran dan pembelajaran menyentuh tentang kepelbagaian bentuk seni persembahan di Malaysia yang merangkumi seni teater, tari dan juga muzik. Pengetahuan akan diberikan kepada pelajar meliputi aspek sejarah, asal usul, struktur persembahan, pengaruh dan perkembangannya. Penerangan tentang kepercayaan animisme, ritual, semangat dan juga faktor keagamaan didedahkan kerana ini adalah titik tolak kepada permulaan seni persembahan di Malaysia.

(This course introduces the forms of performing art in Malaysia. The syllabus touches on aspects of performing arts that include theatre, dance and music. Knowledge that is conveyed includes aspects of history, origin, performance structures, influence and development. The belief in animism, rituals, spiritual and religious factors are exposed as these are the beginnings of the performing arts in Malaysia.)

Kursus ini menumpukan kepada pembelajaran mengenai pengurusan dalam skop seni dan budaya. Para pelajar akan diperkenalkan kepada Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan juga Dasar Industri Kreatif Negara. Pelajar juga akan didedahkan kepada kaedah pengurusan dan ruang lingkup kerja pengurusan. Silibus ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menerapkan kemahiran dan pengalaman melalui proses kerja praktik dan projek- projek yang dikendalikan secara berkumpulan.

(This course focuses on the management of the arts and culture. Students are introduced to the National Cultural Policy and the National Creative Industry Policy. Students are exposed the areas that cover management. This syllabus also gives the opportunity for students to apply skills and experience through practice and group projects)

Kursus ini menumpukan kepada asas pembelajaran muzik tradisional Melayu di Malaysia. Pengenalan kepada beberapa ensemble muzik tradisional Melayu dengan member pendedahan asas dalam teknik talaan, asasribaan, asas permainan alat muzik dalam ensemble muzik tradisional Melayu seperti WayangKulit, Makyung, Dikir Barat, Gamelan Melayu, Kompang, Rodat, Muzik Melayu Asli, Ghazal.

Kursus ini akan mendedahkan kepada aspek perancangan dan pengurusan acara. Perkara-perkara asas penganjuran sesebuah acara termasuk penyediaan kertas kerja, penubuhan organisasi, perancangan aktiviti,  perancangan belanjawan, tajaan dan penilaian tajaan,  pemasaran dan publisiti, logistik dan teknikal dan protokol akan dibincangkan secara terperinci di dalam kursus ini. Diakhir kursus ini pelajar akan menganjurkan sebuah acara sebagai satu tugasan.

Kursus ini menumpukan kepada asas dan gaya teknik lakonan untuk pentas dan televisyen. Pelajar- pelajar akan mengimplimentasikan kepelbagaian teknik dan gaya lakonan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam lakonan iaitu, pernafasan dan vokal, penggunaan fizikal, aplikasi ruang serta pemahaman watak. Pengerjaan lakonan akan merujuk kepada beberapa petikan teks drama samaada genre moden mahupun klasik. Penilaian pelajaran akan dijalankan dalam skala persembahan studio secara individu dan juga berkumpulan.

Kursus ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang muzik dikir barat. Kursus ini akan memberi penekanan kepada gerak rentak, lirik dan lagu serta pengendalian alat-alat muzik dikir barat yang berkaitan. Di akhir kursus pelajar akan menganjur dan melibatkan diri dalam satu persembahan dikir barat.

Untuk memberi pendedahan serta pengetahuan dalam bidang seni tari yang diwarisi dan diamalkan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Penekanan diberi kepada  perkembangan serta susur galur  seni tari rakyat yang berkembang di Malaysia.

(This course aims to enable students to understand the traditions dance  and practised by the various races in Malaysia. One of the emphasis will be on the customs and traditional Folk Dance in Malaysian.)

Kursus ini akan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas memainkan instrumen muzik dalam komponen orkestra. Latihan untuk memainkan instrumen dalam kategori Strings, Brass, Woodwinds, Saxes, Rhythm dan Percussion akan ditawarkan dan pelajar hanya perlu memilih salah satu daripadanya sesuai dengan kecenderungan dan bakat masing-masing. Pelajar akan melalui fasa latihan individu dan seksyen sebelum digabungkan dalam satu pasukan orkestra. Melalui kursus ini juga pelajar akan mendapat peluang untuk menganjur dan melibatkan diri dalam satu persembahan muzikal di hadapan khalayak.