Kursus ini menekankan kepentingan aspek kecergasan fizikal sepanjang penglibatan dalam bidang sukan. Komponen asas kecergasan fizikal seperti pengetahuan anatomi tubuh, aplikasi jenis-jenis latihan, impak latihan terhadap fisilogi tubuh serta peranan diet dan nutrisi akan dibincangkan secara teori dan praktikal. Di akhir kursus ini pelajar mampu mempraktikkan jenis-jenis latihan dan mempamer sikap profesional yang bersesuaian dengan aktviti sukan yang diceburi.
(This course will place an emphasis on the physical fitness aspect and related to sports activities. Basic components for this course such as human anatomy, applied exercises, impact of exercises towards human physiology, role of diet and food nutrition will be covered both in theory and practically through class activities, coursework and field training. The outcome will be that students will be able to demonstrate different types of exercises and show professionalism in line with the sports that they choose.)
Kursus ini akan menekankan tentang keperluan dan kemahiran asas dalam aktiviti berkaitan rekreasi luar. Kemahiran asas rekreasi luar termasuk perancangan program, perkhemahan, kembara, pertolongan cemas, ikhtiar hidup dan komunikasi akan dibincangkan secara teori dan praktikal melalui aktiviti kuliah, tugasan dan latihan lapangan. Bagi melahirkan penggiat aktiviti luar yang bertangungjawab, aspek perundangan, etika dan peranan dalam konservasi alam juga akan diberi penekanan. Hasil dari kursus ini pelajar mampu untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran rekreasi luar sama ada untuk tujuan riadah, sosial, menghadapi situasi kritikal atau sebagai satu cabang kerjaya.
(This course will place an emphasis on the basic requirements and skills related to outdoor recreational activities. Basic skills for outdoor recreation such as program planning, camping, travel, first aid, survival and communication will be covered both in theory and practically through class activities, coursework and field training. In order that responsible outdoor activity practitioners are produced through the course, aspects of law, ethics and conservation of nature will also be emphasized. The outcome will be that students will be able to extend their knowledge and skills in outdoor recreation, whether it be for recreation, social, whilst facing a critical situation or as a career.)
Kursus ini menekankan tentang konsep pertolongan cemas dalam kehidupan seharian. Kefahaman tentang sistem fisiologi tubuh, pengurusan kecederaan, penilaian tahap kecederaan, jenis-jenis kecederaan dan kaedah rawatan akan dibincangkan dengan terperinci secara teori dan praktikal. Di akhir kursus ini, pelajar mampu bertindak untuk memberi rawatan kecemasan apabila berhadapan dengan sebarang kecederaan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Kursus ini bertujuan untuk melengkap dan menambahkan pengetahuan pelajar supaya dapat mempelajari dan memahami prinsip-prinsip asas dalam Silat Olahraga ciri-ciri permainan, undang-undang, peraturan dan etika permainan. Aspek ‘character building’ dan ‘academic excellent’ diberi perhatian melalui situasi pembelajaran yang sesuai misalnya komunikasi dalam sukan, kesedaran pentingnya mematuhi peraturan permainan dan nilai/sifat sosial ketika bersukan dan pengalaman yang baik dalam kehidupan seharian.
Kursus ini akan memberi pendedahan asas berkaitan pengendalian kayak untuk tujuan rekreasi dan sukan. Pelajar akan dilatih untuk menguasai teknik dan taktik asas berkayak serta aspek-aspek keselamatan dan persediaan diri. Pelajar juga akan berpeluang mengikuti satu aktiviti berkayak di lapangan bagi mendapat pengalaman secara langsung berkayak dalam situasi yang sebenar.
Kursus ini akan menekankan konsep asas, pendekatan dan etika dalam pancing rekreasi yang menjurus kepada pengurusan sumber perikanan secara lestari. Teknik dan amalan pancing rekreasi serta hubungkaitnya dengan kelestarian sumber perikanan akan dibincangkan secara terperinci. Maklumat yang diperolehi mampu membantu pelajar untuk memainkan peranannya dalam memastikan kelestarian sumber melalui aktiviti pancing rekreasi sama ada sebagai hobi atau kerjaya
Kursus ini menekankan ciri-ciri serta teori umum dan asas, pendekatan dan etika dalam selam SCUBA dan ‘Snorkeling’. Pelajar akan dapat memahami hubungkait pengurusan, peralatan, sistem, fisiologi dan fizik yang terlibat dalam selam SCUBA dan ‘Snorkeling’. Maklumat yang diperolehi mampu menjadi panduan dalam selam SCUBA dan ‘Snorkeling’ sebelum pelajar meneroka ke laut. Di akhir kursus ini pelajar akan mampu untuk melaksanakan ‘Discover SCUBA’ dan ‘Snorkeling’ dengan penuh keyakinan.
(This course emphasizes the features as well as the general theory, basic and its approach and ethics in SCUBA diving and snorkeling. Students will be able to understand the relationship of management, equipment, systems, physiology and physics involved in scuba diving and snorkeling. The information obtained can be a guide in scuba diving and snorkeling before students venture into the sea. At the end of this course, students will be able to implement the ‘Discover SCUBA’ and the ‘Snorkeling’ with confidence.)
Kursus ini memberi pendedahan, pengetahuaan dan pengalaman kepada pelajar mengenai teknik kemahiran dan strategi sukan boling padang. Kursus ini meliputi penjelasan definasi-definasi dalam sukan boling padang, ukuran green yang meliputi padang, ditch, bank, ukuran peralatan termasuk mal, jack, permainan berempat, penentuan permainan dalam pertandingan.
Kursus ini menekankan kepentingan konsep asas renang dan keselamatan air. Komponen asas asas renang seperti pengetahuan prinsip-prinsip latihan kecergasan fizikal, aplikasi jenis-jenis teknik renang, bantuan kecemasan dan pengelolaan pertandingan dalam renang akan dibincangkan secara teori dan praktikal. Di akhir kursus ini pelajar mampu mempraktikkan kemahiran teknik-teknik renang dan mempamer sikap profesional yang bersesuaian dengan aktviti sukan yang diceburi.
(This course will expose the students on basic principles of physical guidance techniques for swimming, swimming skills, starting and turning, diving skills, rules and regulations of FINA swimming events, planning and managing swimming competition.)