Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar

Universiti Malaysia Terengganu

Badan Beruniform

Hari Kokurikulum PCKP 2026

Pada 12 Mei 2016 sehingga 13 Mei 2026 Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan “Hari Kokurikulum PKCP 2026”. Pelbagai aktiviti sukan yang menarik boleh disertai oleh para pelajar Kursus kokurikulum semester 2 sesi 2025/2026. Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah:

  1. Bola Jaring
  2. Bola tampar
  3. Dodgeball
  4. Futsal
  5. Tarik Tali
  6. Larian Halangan
  7. Pertandingan Rumah Khemah
  8. Pertandingan Perarakan Perbarisan
  9. Pertandingan Tarian Perang.
Pertandingan ini telah bermula pada jam 7.15 pagi sehingga 7.00 petang. Sambutan penyertaan sangat menggalakkan daripada setiap badan berunifom (BU). Suasana meriah dengan paluan gendang dan sorakan daripada para penyokong bagi setiap badan berunifom (BU). Juara keseluruhan bagi pertandingan kali ini adalah daripada Kor Suksis UMT. Majlis ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Profesor Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah@Polity Ak Kria TNCPI UMT bagi merasmikan majlis penutupan hari kokurikulum PKCP 2026.

Accordion Content

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Organisasi pasukan Polis Diraja Malaysia, Akta Polis 1967. Pelajar juga akan dilatih untuk mengusai kemahiran-kemahiran asas sebagai anggota Pasukan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) dan kawad kaki dengan memberi penekanan kepada aspek keupayaan bekerja dalam pasukan serta mempunyai penampilan dan disiplin yang tinggi.

(This course begins with the introduction to the establishment of SUKSIS, organization, training modules (academic, personality and external training). The topics cover SISWA Police Volunteering Module, which has designated by the Royal Malaysian Police Training Division.)

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus SUKSIS 1. Penerapan nilai etika dan moral didalam Pasukan Polis Diraja Malaysia ditekankan di samping memberi pendedahan tentang pengendalian asas beberapa jenis senjata api sesuai dengan keperluan dan fungsi anggota pasukan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad senjata dengan penekanan kepada aspek keupayaan berperanan dalam pasukan serta mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi.

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus SUKSIS 2. Ianya memberi pendedahan tentang asas ilmu kepolisan dan taktik pertahanan yang penting untuk mendepani musuh atau penceroboh. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad pedang dan memberi penekanan kepada usaha menyungkil bakat-bakat kepimpinan yang mampu mengetuai pasukan.

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus SUKSIS 3.  Kursus ini lebih memberi pendedahan dari segi pengurusan perkhidmatan menjaga keamanan dan keselamatan negara PDRM serta Majlis Tamat Latihan. Kursus ini juga memberi ruang untuk pelajar mengorganisasikan pasukan kesukarelawan Polis  dalam melaksanakan tugasan dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Segala operasi prosedur seragam diamalkan berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa. Pengenalan kepadan Pelan Itegriti Nasional ditekankan kepada pelajar agar dapat membina jati diri dengan modal insan yang cemerlang apabila tamat pengajian kelak.

Kursus ini memberi pendedahan tentang fungsi dan peranan divisyen askar wataniah di bawah struktur Kementerian Pertahanan Malaysia. Pelajar akan dilatih untuk mengusai kemahiran-kemahiran asas sebagai anggota wataniah khususnya kemahiran berkawad dengan memberi penekanan kepada aspek keupayaan bekerja dalam pasukan serta mempunyai penampilan dan disiplin yang tinggi.

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Palapes 1. Ianya memberi pendedahan tentang pengendalian asas beberapa jenis senjata api sesuai dengan keperluan dan fungsi anggota pasukan Psstldm dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad senjata dengan penekanan kepada aspek keupayaan berperanan dalam pasukan serta mempunyai disiplin dan integriti yang tinggi.

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Palapes 1 dan Palapes 2. Ianya memberi pendedahan tentang asas ilmu kelautan dan taktik peperangan yang penting untuk mendepani musuh atau penceroboh. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad pedang dan memberi penekanan kepada usaha menyungkil bakat-bakat kepimpinan yang mampu mengetuai pasukan.

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Palapes 1, Palapes 2 dan Palapes 3. Ianya memfokuskan kepada kemahiran merancang serangan atau mempertahankan pasukan dengan mengaplikasi ilmu Kelautan dan taktik peperangan. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad tongkat dan memberi penekanan kepada usaha membentuk bakat-bakat kepimpinan yang berwibawa dan dihormati.

Kursus ini adalah lajutan dari Kursus Palapes 1, Palapes 2, Palapes 3 dan Palapes 4. Ianyamemfokuskan kepada kemahiran merancang serangan atau mempertahankan pasukan dengan mengaplikasi ilmu Kelautan dan taktik peperangan. Latihan kawad dilanjutkan kepada kemahiran kawad tongkat dan memberi penekanan kepada usaha membentuk bakat-bakat kepimpinan yang berwibawa dan dihormati.

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai organisasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Antarabangsa, Akta Pertahanan Awam 1951 (Semakan 1979), Kaedah Pertahanan Awam Malaysia.  Pelajar juga dilatih mengenai Asas Pertolongan Cemas, ektrikasi mengelurkan mangsa dan kawad kaki dimana penekanan kepada aspek keupayaan bekerja dalam pasukan serta mempunyai penampilan dan disiplin yang tinggi.

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus SISPA 1. Penerapan nilai etika dan moral didalam Angkatan Petahanan Awam Malaysia ditekankan disamping penambahbaikan kemahiran menyelamat kecemasan. Cara-cara penggunaan tali dan ikatan semasa menyelamat kecemasan, teknik menggunakan gergaji berantai, menyelamat dan membawa mangsa ditempat bencana diberi penekanan.  Teori dan praktikalsains kebakaran, cara-cara melawan kebakaran, dan pengurusan bencana diterapkan kepada setiap anggota.

Kursus adalah lanjutan dari kursus SISPA 2.  Kursus ini juga memberi pendedahan tentang pengenalan dan penggunaan peralatan ascending and descending (A&D), teori dan praktikal pengurusan tali tinggi, peralatan kebombaan, kawad bomba, pengenalan kepada peralatan dan penggunaan peralatan dalam ambulan.  Segala kemahiran menyelamat aras tinggi difokuskan kepada pelajar disamping menyelamatkan mangsa dan juga keselamatan anggota.

Kursus ini adalah lanjutan dari kursus SISPA 3.  Kursus ini lebih memberi pendedahan dari segi pengurusan perkhidmatan kecemasan 999 APM. Kursus ini juga memberi ruang untuk pelajar mengorganisasikan pasukan kesukarelawan kecemaasan semasa berlaku bencana atau kecemasan.  Segala operasi prosedur seragam semasa berlaku bencana diamalkan berdasarkan etiket dan protokol kecemasan.  Pengenalan kepadan Pelan Itegriti Nasional ditekankan kepada pelajar agar dapat membina jati diri dengan modal insan yang cemerlang apabila tamat pengajian kelak.

Add Your Heading Text Here