Pada 12 Mei 2016 sehingga 13 Mei 2026 Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan “Hari Kokurikulum PKCP 2026”. Pelbagai aktiviti sukan yang menarik boleh disertai oleh para pelajar Kursus kokurikulum semester 2 sesi 2025/2026. Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah:
- Bola Jaring
- Bola tampar
- Dodgeball
- Futsal
- Tarik Tali
- Larian Halangan
- Pertandingan Rumah Khemah
- Pertandingan Perarakan Perbarisan
- Pertandingan Tarian Perang.
Pertandingan ini telah bermula pada jam 7.15 pagi sehingga 7.00 petang. Sambutan penyertaan sangat menggalakkan daripada setiap badan berunifom (BU). Suasana meriah dengan paluan gendang dan sorakan daripada para penyokong bagi setiap badan berunifom (BU). Juara keseluruhan bagi pertandingan kali ini adalah daripada Kor Suksis UMT. Majlis ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Profesor Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah@Polity Ak Kria TNCPI UMT bagi merasmikan majlis penutupan hari kokurikulum PKCP 2026.
